
Sulit
4 tahun
Sakit dada berdenyut2 ikut denyutan jantung
Saya berumur 42 thn. Dada saya akn berasa sakit berdenyut bila saya baring mengiring ke kanan. Tiada sesak nafas. Overweight 63kg. Sblm ini berat badan saya 65kg.
Adakah ini tanda awal jantung saya bermasalah?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang sakit dada.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, sukar untuk saya mengatakan ianya adalah tanda awal sakit jantung ataupun tidak, namun memang benar sakit dada adalah tanda awal, tetapi terdapat juga penyakit lain yang boleh menyebabkan sakit dada seperti:
- Jangkitan kuman pada paru-paru
- Keradangan otot di sekitar dada
- Keradangan tulang rusuk
- Penyakit Refluks (GERD)
- Asma
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Persoalan lanjut dan pemeriksaan fizikal perlu dilakukan di hospital bagi mengetahui keadaan sebenar anda. Sekiranya anda mengalami gejala dibawah, sila berjumpa dengan doktor dengan segera:
- Sesak nafas
- Pitam
- Berpeluh peluh yang berlebihan
- Kebas tangan, lengan dan rahang
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.