
Sulit
4 tahun
Sakit dada berpanjangan, mengganggu aktiviti harian
Salam Doctor,saya mengalami sakit dada berpanjangan sejak akhir2 ini. Dada seperti ditekan dan dicucuk. Kadang2 susah nak bernafas.Saya mengalami masalah ini selama 2 bulan hingga sekarang. Tapi tidak mengalami symptom sakit jantung seperti peluh berlebihan, mual.Saya risau jika sebaliknya.Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit dada sebelah kiri. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit dada sebelah kiri boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
- Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
- Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
- Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
- Serangan jantung
- Gangguan emosi
Kami nasihatkan anda untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat :
- Elakkan makanan tidak seimbang
- Lakukan senaman selama 30 minit untuk 5 hari dalam seminggu
- Segera ke hospital jika pesakit sudah berusia kerana kemungkinan untuk mendapat serangan jantung adalah tinggi
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.