
Anonymous
5 tahun
Sakit dada berulang kali
Slm Dr.
Dr, saya wanita berusia 30an. Saya mengalami sakit dada sudah hampir dua minggu. Saya telah ke emergency dan terdapat changes pada ECG saya. Saya dirujuk ke Kardiologi. Saya dibekalkan Dr ubat gastrik dan gargle. Saya telah makan ubat tersebut 2 kali. Namun, pagi ini sakit dada kembali selepas makan ubat tersebut. Apakah yang perlu saya lakukan?
Terima kasih Dr.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, adalah sukar untuk kami membuat kesimpulan tentang masalah sakit dada anda tanpa maklumat yang lengkap seperti keputusan ECG anda serta rekod perubatan dan latar belakang kesihatan anda yang lain.
Oleh itu, anda amat dinasihatkan untuk merujuk perkara ini dengan lebih lanjut agar maklumat lebih lengkap dapat disampaikan dan pihak kami boleh membuat kesimpulan dengan lebih tepat. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.