
Sulit
4 tahun
Sakit dada bila makan makanan sejuk berangin
Saya mengalami sakit dada bila makan makanan sejuk seperti labu dan tembikai. Mengikut kata mak saya ia dipanggil sakit kura. Bolehkah doctor kenal pasti apa nama penyakit ni?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah yang anda hadapi seperti:
- Kekejangan esofagus
- Gastroesophageal reflux disease (GERD)
Namun sakit dada juga boleh dikaitkan dengan penyakit seperti:
- Penyakit jantung
- Jangkitan paru-paru
- Refluks asid
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi