
udinluck
4 tahun
Sakit dada, dada tidak selesa & rasa kebas tangan sebelah kiri
Saya udin, 28 tahun. 3 hari lepas rasa tidak selesa pada dada, tangan sebelah kiri rasa kebas. Saya ada pergi berjumpa doktor, dia ada bagi ubat otot, angin & tahan sakit. Selepas makan ubat tersebut, rasa tidak selesa pada dada & tangan kebas masih ada. Apakah pandangan doktor berkenaan soalan saya ini?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kebas tangan dan dada yang anda alami boleh disebabkan:
- Diabetes
- Carpal Tunnel Syndrome - apabila saraf tangan dihimpit struktur sekitar pergelangan tangan
- Aliran darah yang tidak mencukupi
- Trauma - pada siku atau pergelangan tangan
- Masalah neurologi seperti Multiple Sclerosis, Sindrom Guillain-Barre
- Gejala awal strok
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan segera bagi memastikan diagnosis yang tepat dan awal dapat diberikan. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Jawapan ini ialah keterangan am. Terima kasih.