
Sulit
2 tahun
Sakit dada dan badan terasa letih yang teramat
saya wanita berumur 21tahun … bermula bulan ni … saya selalu rasa sakit dada … debar yg sngt laju … badan rasa penat sngt dan kadang bila badan sakit dan rasa penat sangat saya akn sruh sesiapa sahaja untuk pijak belakang saya…cepat rasa tekejut …kdang bila debar yg sngt laju … badan akan menggigil

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah-masalah yang anda alami boleh disebabkan:
- Masalah ritma jantung
- Penyakit asma - juga boleh menyebabkan sakit dada dan kepenatan badan
- Penyakit psikiatri - seperti penyakit keresahan atau kemurungan
- Masalah hormon seperti hipertiroid, penyakit Cushing
- Anemia (kurang sel darah merah)
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.