
Sulit
4 tahun
Sakit dada dan mulut kering
Sy sdg mnderita hipertiroid…saat ini sy sering sakit dada dn Mulut sntiasa sentiasa kering…mudah haus wlupun da byk mnum air…adakah ia brkaitan dgn hipertiroid sy??

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah anda dan anda runsing jika ini berpunca daripada hipertiroid.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa simptom hipertiroid yang diketahui setakat ini, iaitu:
- Rasa haus yang berlebihan
- Mulut kering
- Penurunan berat badan walaupun tabiat makan normal.
- Degupan jantung laju atau tidak sekata
- Degupan jantung yang boleh dirasa menggunakan tangan
- Kegelisahan dan tidak tenang
- Sukar untuk memberi tumpuan
- Masalah tidur
- Rambut menjadi lebih halus atau keguguran rambut
- Selera makan yang tinggi
- Lemah, serta muntah dan loya
- Payudara lelaki yang membesar
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi