
Sulit
5 tahun
Sakit dada Dan pening
Salam… Sy seorang wanita… Berkahwin… 5 org anak…
Sjak akhir2 ini dada Saya sllu sakit… Dan Sjak kemarin ia dsertai dgn pening… Sehingga skg… Kdg2 sy susah utk bnafas

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit dada disertai beberapa gejala diatas boleh disebabkan beberapa faktor seperti:
- anemia - kurang darah
- Penyakit paru paru seperti jangkitan paru-paru
- Ketegangan otot - akibat senaman atau keradangan
- Penyakit asid refluks (gastrik)
- Penyakit jantung - seperti jantung berlubang, ritma tidak tetap ataupun saluran darah rosak seperti aorta koyak atau aneurisma
Untuk mengetahui punca sakit dada anda ini, siasatan rapi diperlukan. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh mendapatkan surat rujukan pakar dari klinik anda ataupun klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.