
Sulit
3 tahun
Sakit dada di sebelah kanan berterusan dan tangan
Saya selalu rasa sakit dada di sebelah kanan. Bukan sakit tetapi lebih kepada rasa ditekan dan belakang saya sebelah kanan turut sakit. Kadang-kadang sakit di dada kiri dan tangan kiri saya akan turut kebas. Tetapi selalunya sebelah kanan. Saya sudah pernah buat EKG, X-ray dan ujian tiroid tetapi normal.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah sakit dada bahagian kanan dan belakang. Anda juga kadang-kadang sakit di dada kiri dan tangan kiri saya akan turut kebas. Anda pernah menjalani penyiasatan EKG, X-ray dan ujian tiroid tetapi normal. Saya akan cuba memberikan penerangan yang berkaitan dengan situasi anda.
Untuk makluman anda, gejala sakit dada pada sebelah kanan adalah terlalu umum dan boleh disebabkan oleh banyak perkara. Misalnya :
- Masalah jantung - walaupun kebiasaanya ia berlaku pada sebelah kiri, sakit dada pada sebelah kanan juga boleh menandakan masalah jantung
- Masalah paru-paru seperti radan paru-paru, pleuritis dan asma
- Masalah sistem penghadaman seperti GERD, gastritis, masalah batu hempedu dan pankreartitis
- Kecederaan pada bahagian tersebut
- Radang tulang rusuk
Kami menasihatkan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor supaya masalah anda dapat dikenal pasti dan dirawat. Anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian untuk nasihat lanjut.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.