
Sulit
3 tahun
Sakit dada di sebelah kanan berterusan
Hello doktor. Saya perempuan berumur 19 tahun. Saya nak tanya. Saya kerap sakit dada di sebelah kanan doktor. Saya sudah pernah x-ray dada, ujian darah untuk tiroid dan ekg tetapi semua normal 2 tahun lepas. Beberapa bulan lalu saya pergi ke klinik kesihatan semula dan doktor cakap mungkin radang dan bagi ubat tetapi dia tetap sakit berterusan cuma tak de lah sakit melampau. Just rasa seperti di tekan. Saya juga cepat penat walaupun hanya menyidai kain di depan rumah. Ayah saya ada hepatitis B. Adakah itu salah satu punca?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan oleh anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda sering mengalami gejala sakit dada pada sebelah kanan. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala sakit dada pada sebelah kanan adalah terlalu umum dan boleh disebabkan oleh banyak perkara. Misalnya :
- Masalah jantung - walaupun kebiasaanya ia berlaku pada sebelah kiri, sakit dada pada sebelah kanan juga boleh menandakan masalah jantung
- Masalah paru-paru seperti radan paru-paru, pleuritis dan asma
- Masalah sistem penghadaman seperti GERD, gastritis, masalah batu hempedu dan pankreartitis
- Kecederaan pada bahagian tersebut
- Radang tulang rusuk
Kami menasihatkan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor supaya masalah anda dapat dikenal pasti dan dirawat. Anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian untuk nasihat lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.