
Sulit
3 tahun
Sakit dada di sebelah kanan dan kiri berterusan
Assalamualaikum dan selamat petang doktor. Saya perempuan dan berumur 19 tahun. Saya ingin bertanya. Kenapa ya saya kerap sakit dada kiri dan kanan. Kanan selalunya lebih kerap. Sakit seperti ditekan atau dicucuk tetapi masih boleh tahan dan tidak melampau. Saya sudah pernah membuat x-ray, ujian darah tiroid dan ekg 2 tahun lepas tetapi normal. Beberapa bulan lepas juga saya sudah membuat ekg dan tetap normal dan doktor hanya kata radang dan bagi ubat. Tetapi sakit dada masih kerap.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami anda telah buat x-ray, ujian darah tiroid dan ekg yang menunjukkan keputusan normal. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala anda mengalami tersebut, sakit dada sebelah kanan dan kiri, selain dari masalah jantung dan paru-paru, ia juga boleh disebab oleh beberapa perkara lain. Contohnya:
- Kecederaan atau keradangan otot dada atau tulang rusuk
- Penyakit gastrik
- Penyakit asid refluks (GERD)
- Jangkitan gastrik (H.pylori)
- Keradangan esofagus
- Keradangan saluran pencernaan atas
- Penyakit ulser peptik
Untuk mengetauhi punca penyebab gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta periksaan dan penyelidikan berkaitan. Oleh itu, anda perlulah merujukkan masalah ini kepada doktor dengan lanjut supaya penjelassan atau rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Gastroenterologi.