
Sulit
4 tahun
Sakit Dada di sebelah kiri dan membawa kebelakang dan tunduk terasa sakit
Sy berumur 40 thn.Seorang lelaki.Sy terasa sakit dibahagian dada disebelah kiri dan belakang atas pinggang.tangan dan muka terasa kebas.Xda rasa demam.Apa yg perlu saya buat sekarang? Pls help…perlu call ambulan? Nak bangun rasa sakit belakang.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih mengajukan soalan kepada kami
Saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai punca yang menyebabkan sakit dada dan antaranya ialah:
- serangan jantung
- keradangan otot jantung
- kardiomiopati
- keradangan perikardium
- refluks asid
Sakit dada di bahagian kiri sering dikaitkan dengan serangan jantung. Anda perlu berjumpa dengan doktor dengan segera jika anda mempunyai gejala ini:
- lengan terasa kebas
- sesak nafas
- tekanan pada bahagaian dada
- kesakitan pada lengan, leher, rahang, belakang badan dan bahagian abdomen
- rasa pening
- loya dan muntah
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini. Saya nasihatkan anda untuk segera berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan dan kesimpulan yang tepat. Anda juga boleh klik link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi