
maziahismail284
5 tahun
Sakit dada di sebelah kiri
aslm doc, saya nak tanya kenapa saya rasa sakit dada belah kiri terutamanya bila saya nak bernafas dan baring, bila saya tunduk saya rasa sakit di kepala seakan akan ingin pitam.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan berlakunya hal ini.Antaranya ialah:
- Angina
akibat kekurangan oksigen yang dibekalkan kepada otot jantung
- Sakit jantung
Ini berlaku apabila otot jantung menjadi rosak disebabkan oleh kekurangan oksigen.
Serangan panik
Ia disertai dengan sesak nafas, jantung berdebar, loya dan juga rasa gelisah.
Pedih ulu hati
Sakit pada otot dada, kulit, tulang atau saraf
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!