
Sulit
3 tahun
Sakit dada dibahagian kiri Dan sukar tidur malam
Sakit dada dibagian kiri…sukar tidur malam…mudah kebas dibahagian kaki Dan keturunan ada sejarah sakit jantung…adakah sintom yang sama sakit jantung??terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan diatas, anda mengalami masalah sakit dada sebelah kiri disertai dengan gejala sukar untuk tidur malam dan kebas kaki, kami memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah sebegini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Ketegangan otot
- Teknik pernafasan yang tidak betul
- Kurang berehat
- Gangguan fikiran yang menggangu waktu tidur
- Duduk terlalu lama ataupun kedudukan badan yang salah ketika berehat
Namun, ia juga boleh berlaku disebabkan kondisi kesihatan yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor dengan segera, seperti:
- Peptic ulcer disease
- GERD
- Masalah pada jantung
- Pedih ulu hati
- Gastritis
Oleh itu, anda dinasihatkan untuk menghubungi doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Kami berharap agar jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar Jantung