
miaatralala
5 tahun
Sakit dada Hampir setiap hari
Saya wanita berumur 18 tahun . Saya sakit dada dah lama sgt . Arwah ayah saya seorang yg hisap rokok secara tegar . Dia sudah mninggal pada usia 30’an akibat serangan jantung . Keturunan ayah saya mmg ada masalah serangan jantung . Saya dh penat ke hospital ulang alik ecg normal tp dada saya tetap sakit walaupun dh mkn ubat tahan sakit . Sakit dada saya akan rasa merebak ke tangan dan tangan jadi lenguh . Tengkuk sakit , dan sakit dada tu jugak rasa kat bahagian belakang bdn . Sya harap doctor boleh jawab soalan saya . Hampir stiap hari dada saya sakit , ngilu . Saya sgt trtekan krn apabila ke hospital dan ecg normal , doc ckp saya xsakit krn usia masih muda .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit dada anda boleh disebabkan beberapa faktor seperti:
- Ketegangan otot - akibat senaman atau keradangan
- Penyakit asid refluks (gastrik)
- Penyakit jantung - seperti jantung berlubang, ritma tidak tetap ataupun saluran darah rosak seperti aorta koyak atau aneurisma
Untuk mengetahui punca sakit dada anda ini, siasatan rapi diperlukan. Sememangnya terdapat beberapa kondisi jantung yang boleh terjadi pada golongan muda. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh mendapatkan surat rujukan pakar dari klinik anda ataupun klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.