
adukaalmizan
5 tahun
Sakit Dada hingga sesak nafas
Doktor, baru baru ini saya mengalami sakit dada yg teruk hingga sesak nafas. Saya terus ke KKM berhampiran dan semakan ecg serta xray mengesahkan jantung saya dan paru2x baik… Dan doktor mengesahkan saya mengalami reflux gastrik… Saya seorang perokok dan gastrik di perut juga, Cuma saya control pemakanan saya dah telah lama tidak kena serangan gastrik sampai muntah terok. Soalan saya adakah saya akan mengalami gastrik angin tanpa saya sedar… Kerana ini pertama kali ia berlaku…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, acid reflux terjadi apabila asid dan isi perut tertolak naik sehingga menghakis dinding dalam esofagus. Kondisi ini menimbulkan gejala-gejala seperti mual, muntah, dan kembung. Pada peringkat awal, anda tidak akan terasa proses penghakisan tersebut. Biasanya, gejala muncul apabila dinding dalam esofagus mulai luka dan meradang.
Terdapat ubatan yang boleh diberikan untuk mengatasi asid perut yang naik. Selain itu, ada beberapa hal yang boleh dilakukan untuk membantu mengurangi masalah ini, antaranya:
- tinggikan posisi kepala saat tidur
- kurangkan minuman berkafein, minuman bergas
- kurangkan makanan pedas
- bahagikan makanan dalam kuantiti kecil dan banyak kali (>3 kali sehari)
- elakkan makan sebelum tidur (3 jam)
- berhenti merokok
Untuk mengetahui lebih lanjut punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.