
Anonymous
5 tahun
Sakit dada kat tengah
Saya pelajar berumur 18 tahun saya mengalami sakit dada tengah kadang kat kiri mahupun kanan. Benda yg saya alami ni bukan berselang hari atau minggu tapi setiap hari tidak kisah waktu bila tapi setiap hari saya akan rasa sakit dada tu tak kisah tengah mahupun kiri atau kanan. Jadi apa masalah saya ye doktor

6 tahun
Salam sejahtera.
Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan kondisi anda sekarang seperti masalah jantung, paru-paru, sistem saraf, tulang dan penghadaman. Selepas mengambil kira usia dan jantina anda, punca-punca yang boleh menyebabkan kondisi anda termasuk:
• Pericarditis atau radang lapisan luar jantung
• Kekurangan darah atau anaemia
• Jangkitan paru-paru
• Asma
• Ketulan darah di saluran darah paru-paru atau pulmonary embolism
• Gastrik atau asid perut berlebihan
• GERD atau pedih ulu hati
• Keradangan kartilaj atau costochondritis
Berdasarkan kenyataan anda di atas, anda berkemungkinan besar mengalami masalah pedih ulu hati dan asid berlebihan di dalam perut anda.
Oleh itu, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor dengan segera. Doktor akan menjalankan pemeriksaan dan ujian untuk mengenal pasti punca masalah anda. Masalah asid berlebihan dengan pedih ulu hati biasanya dirawat dengan ubatan yang mengurangkan asid perut seperti proton pump inhibitors (PPI). Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih