
Sulit
5 tahun
Sakit dada, ketat di tekak Dan rasa ingin pitam
Saya wainta berumur 35 tahun bekerja sebagai fronliner bank baru ni saya ade menerima pelanggan ya ijtimak tabligh Sri Petaling yg dtg ke bank sebelum masuk ke bank kami telah membuat saringan suhu Dan mendpti beliau tidak demam 36.6 Dan sblm mnegetui beliau Peserta tabligh sy telah memegang ic beliau Dan setelah itu bru sy menegtuhaui die adlh Peserta ijtimak tabligh Dan memberitahu telah membuat saringan sebanyak 2x Dan result - ve. Skrg sy mempunyai symptom sakit dada ketat dada ketat di tekak tp sy mmg ade sjrh asthma Dan tonsel bengkak. Saya jugak cek tekan an drh trun Dan naik. Dan Kdg2 terasa nak oitamPerlu kah sy pergi membuat saringan di covid19.

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, gejala sakit dada boleh disebabkan oleh:
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit Asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit TB
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Anda perlu khuatir jika anda baru pulang dari negara yang terjejas teruk dengan wabak COVID-19 atau anda mempunyai kontak rapat dengan mereka yang sah dijangkiti COVID-19. Oleh itu, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini