
Sulit
5 tahun
Sakit dada ketika ketawa dan batuk
Saya wanita 19 tahun seringkali mengalami masalah sakit dada selepas ketawa dan ketika batuk. Akibat dari perkara itu, badan saya menjadi sangat lemah , dan bahagian dada saya menjadi sangat sakit apabila saya terkena batuk atau sebagainya. Hal ini juga menyebabkan badan saya menjadi lesu, mudah letih dan sukar untuk bernafas.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit dada seperti yang anda alami boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Keradangan tulang rusuk - akibat jangkitan kuman atau kecederaan
- Masalah kekejangan otot dada - akibat postur tidak kondusif, kecederaan
- Kekejangan esofagus (oesophageal spasm)
- Penyakit asid refluks (gastrik)
- Anemia - kurang sel darah merah
- Asma atau keresahan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.