
Sulit
4 tahun
Sakit dada ketika tarik nafas, batuk, bersin
Selamat Sejahtera Doctor,
Saya seorang wanita berumur 29 tahun, setiap kali sy tarik nafas, batuk, bersin sy akan mengalami:
- sakit di bahagian tengah dada hingga ke kanan dada
- sakit di bahagian belakang dada (kanan)
Saya juga merasa panas badan tetapi bila saya measure temp, temp sy adalah normal.
Boleh doctor tolong jelaskan masalah yg saya sedang alami?
Terima Kasih.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami masalah yang dihadapi oleh dan kemungkinan besar anda mempunyai masalah seperti:
- Jangkitan paru-paru seperti pneumonia
- Penyakit asthma
- Masalah salur paru-paru sempit
- Penyakit TB
- Penyakit keradangan pleura
- Penyakit perikarditis
- Masalah saluran darah paru-paru (pulmonary embolism)
- Masalah saluran koronari jantung
- Masalah otot pernafasan
Mengenai panas badan yang dialami, demam atau panas badan adalah subjektif bagi setiap individu bagi yang mengalaminya, ataupun yang memeriksa. Oleh itu, penggunaan termometer dengan betul diperlukan untuk menentukan sama ada anda mempunyai suhu badan yang normal atau tidak.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera kerana simptom anda boleh disebabkan oleh penyakit yang serius dan progresif jika tidak diberi perhatian secepat mungkin. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.