
Sulit
3 tahun
Sakit dada kiri bawah
Sya takda skit and sya berumur 20 thun pernah mengalami tkann darah rendah … tp bnda ni dh trjdi dlm 2/3 kli … saya pernh mengalami sesak nafas atau nafas tersangkut ketika saya baring tapi msih mmpu tidur…besok ny… sya ke klinik…Sya dh pernah buat bloodtest tpi result negative tiada msalah and pihak klinik kesihatan sruh sya ke klinik swasta untuk cek lebih terperinci tetpi sya ad mslh kewangan
Saya ada msalah skit di bahagian bawah dada kiri saya. Kadang ² rasa sakit ny tiba2 datang dan kadang² mengejut and buat saya rasa sakit yang amat. Kadang ² saya rasa sesak nafas bila baru kena attack sakit tersebut . Boleh doktor bantu saya?
Kdg² kaki sya tak dpt duduk lama sbb mudah penat… tgn sya mudah letih
Sya juga agak mudah penat… dan cenderung tidur siang hri… sya anggap kemungkinan disbb kan berat bdn…boleh doktor bntu?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala anda mengalami tersebut, sakit dada kiri bawah, sesak nafas, mudah penat dan letih boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya:
- Tekanan darah rendah
- Penyakit jantung iskemia seperti angina dan lain
- Kurang darah
- Penyakit pada sistem pernafasan
- Penyakit gastrik
- Ketidakseimbangan hormon (masalah kelenjar)
Selain itu, selain dari klinik swasta atau klinik kesihatan, anda juga boleh merawat hospital kerajaan untuk dapatkan rawatan. Hospital kerajaan mempunyai kemudahan rawatan kesihatan yang mencukupi dan kos yang menjimat.
Untuk mengetauhi punca penyebab gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta periksaan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Perubatan kami.