
Sulit
4 tahun
Sakit Dada Kiri Bila Pusingkan Badan Ke Kiri
Saya lelaki berumur 24 tahun, ada penyakit asma dan gastrik. Saya ada masalah sakit pada dada kiri bila pusingkan badan kearah kanan. Bila statik tak sakit. Bila pusingkan badan rasa sakit di dada kiri.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami kerisauan mengenai keadaan anda. Untuk makluman anda, terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami sakit dada sedemikian:
- Radang selaput dada (costochondritis)
- Jangkitan paru-paru
- Serangan asma
- GERD atau refluks asid
- Sakit jantung
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami masalah sedemikian dan untuk mengetahui punca sebenar, anda perlu berjumpa dan diperiksa oleh doktor dan rawatan lanjut dapat diberi.
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi
Anda dikehendaki berjumpa dengan doktor dengan segera apabila anda mengalami gejala berikut:
- Aktiviti harian terganggu
- Demam
- Kesukaran bernafas
- Batuk berdarah
- Batuk berkahak (hijau ataupun kekuningan)
- Hilang selera makan dan turun berat badan
- Loya dan muntah
- Kelesuan badan
Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami di atas talian. Terima kasih.