
Sulit
3 tahun
Sakit dada kiri mencengkam on off
Assalamualaikum doc. Sy wanita berumur 31 tahun yg mempunyai 2 org anak berumur 6 dan 3 tahun. Saya mengalami rasa sakit di dada kiri seperti mencengkam. Sakit itu hanya selama 1-5 saat sahaja dan ianya datang dan pergi dalam tempoh 10-15 minit. Saya rujuk ke hospital namun keputusan ecg saya normal. Saya mempunyai gastritis dan anxiety disorders. Terima kasih atas bantuan doctor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Sakit jantung
- Perikarditis
- Aortic dissection
- Penyakit GERD
- Kostokondritis
- Pneumothorax
- Fibromyalgia
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.