
Sulit
3 tahun
Sakit dada kurang selesa
Saya lelaki berumur 39tahun…setelah 3 minggu saya tidak bersukan…hari ini saya joging sambil berjalan kaki…selang beberapa jam selepas activity petang tadi…saya rasa dada saya kurang selesa…banyak sendawa angin…dan muntah angin sahaja…kaki juga terasa sedikit sejuk…dan terasa pedih perut…dan sebelum itu saya hanya makan tengahari sahaja…boleh doctor terangkan kepada saya apa sedang berlaku kepada saya…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala anda mengalami tersebut, dada kurang selesa, sendawa angin, kaki sejuk dan pedih perut selepas jogging dan berjalan kaki untuk beberapa jam mungkinnya boleh disebab oleh beberapa perkara.
- Mungkinnya tekanan pada otot tubuh anda sebab telah 3 minggu tidak bersukan, tubuh anda memerlukan masa untuk mengatasi tekanan dari bersukan.
- Kecederaan atau kekejangan pada otot tubuh anda selepas tahap senaman yang tinggi
- Dada kurang selesa, sendawan angin, pedih perut dan kaki sejuk juga boleh disebab oleh penyakit gastrik, penyakit asid refluks(GERD), masalah pada sistem pencernaan, angina, tanda kencing manis, tanda darah tinggi, gangguan saluran darah dan selainnya.
Anda boleh rehat untuk beberapa hari dahulu, pantau perkembangan gejala anda. Biasanya gejala rasa kurang selesa dan sakit disebab oleh tekanan atau kecederaan otot akibat senaman akan bertambah buruk pada hari kedua, kemudian menyembuh secara perlahanan dalam 3 hari hingga 1 minggu.
Sekiranya gejala anda teruk sangat seperti sesak nafas, ataupun tidak sembuh atau tambah buruk selepas 3 hingga 5 hari, sila merujukkan perkara ini kepada doktor dengan lebih lanjut untuk mengetahui punca penyebab gejala anda serta dapatkan rancangan rawatan yang sesuai.
Untuk maklumat lanjut, anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Tulang.