
aizatulikhlil96
5 tahun
Sakit dada lebih 5jam
hai doktor , saya aiza berumur 23tahun . maghrib semalam saya sakit dada sampai pagi ni . masuk 5jam dah sakit . tak berkurang pon sakit tu . sekarang pon tengah sakit , sambil menaip sambil meniarap . nak menangis semua ada . boleh tahu apa punca sakit ni ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit dada yang anda alami boleh disebabkan:
- ketegangan otot dada
- Paru-paru bocor (pneumothorax)
- Radang tulang rusuk - akibat kecederaan atau jangkitan kuman
- Asid refluks (gastrik)
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.