
ygtele563
5 tahun
Sakit dada,leher dan bahu
hello dr…saya lelaki berumur 18 tahun…saya sering sakit dada bersamaan dengan leher dan bahu…sudah beberapa minggu sakit ini tidak pulih.

5 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan anda.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Antara sebab-sebab anda mengalami sakit dada ialah:
• Serangan jantung (penyakit koronari jantung)
• Penyakit jantung lain seperti masalah injap jantung
• Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
• Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
• Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
• Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma
• Gangguan emosi
• Sakit belakang
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih