
afifpipi12
5 tahun
Sakit dada macam di tekan
saya lelaki 19 tahun. cara mengubati penyakit ini apakah cara dia.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Secara umum, gejala sakit dada seperti ditekan boleh disebabkan oleh:
- Ketegangan otot dada
- Kecederaan tulang rusuk atau radang tulang rusuk
- Sakit payudara - akibat perubahan hormon ketika haid
- Penyakit jantung - sekiranya mempunyai sejarah keluarga mengenai sakit jantung keturunan
- Penyakit asid refluks (gastrik)
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.