
Anonymous
5 tahun
Sakit dada menyucuk sebelah kiri
Saya wanita berumur 25 tahun. Kebelakangan ini saya sering diserang sakit dada seperti menyucuk dan tidak dapat bernafas dengan baik. Saya juga akan berasa sakit ketika mengiring disebelah Kiri.
Bapa saya berumur 50an, dan mempunyai masalah injap jantung sejak lahir. Ketika berumur 40an baru rasa tidak selesa di bahagian dada. Adakah saya juga seperti bapa saya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan berlakunya hal ini .Antaranya ialah:
- Angina
Angina adalah istilah gejala kesakitan atau ketidakselesaan di tengah-tengah atau sebelah kiri dada ketika membuat sesuatu aktiviti fizikal dan reda apabila berehat atau berhenti membuat aktiviti fizikal tersebut. - Serangan Jantung
- Serangan jantung berlaku apabila bekalan darah ke jantung tiba-tiba terganggu, biasanya oleh bekuan darah.
- Perikarditis
- Ini adalah keradangan kantung yang mengelilingi jantung. Ia biasanya menyebabkan rasa sakit yang tajam yang menjadi lebih teruk apabila anda bernafas atau ketika anda baring.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih