
ndottburn
5 tahun
Sakit dada pada bahagian tengah dan kebas
Saya wanita pada umur 53 tahun,saya kerap merasa sakit pada bahagian tengah dada apabila menarik nafas.Hujung jari saya merasa kebas beberapa kali.Saya pernah di beri ubat gtn dan menghentikan pengambilannya,apa permasalahan yang saya hadapi,dan bagaimana untuk mendapatkan rawatan?
Terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit dada yang anda alami boleh disebabkan:
- Penyakit jantung
- Paru-paru berair
- Jangkitan kuman dalam paru-paru
- Masalah ketegangan otot dada
Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan segera kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Terima kasih.