
Anonymous
5 tahun
Sakit dada, pening nak muntah dan sakit perut
Saya lelaki berumur 36,saya kerap rasa yang saya tulis di dalam tajuk tu… Setiap hari kena… Sebelum ni saya ada kena gastric dan ulser dalam perut… Tapi ni rasa makin teruk… Apa perlu saya buat

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, simptom-simptom yang anda hadapi mungkin adalah berkaitan dengan gastrik dan ulser perut anda. Memandangkan keadaan anda semakin teruk, anda perlu merujuk masalah anda ini dengan lebih lanjut. Selain gastraik dan ulser, masalah anda juga boleh disebabkan oleh masalah lain dalam sistem pencernaan.
Sila rujuk kepada doktor anda atau klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan pandangan dan nasihat lanjut. Terima kasih.