Badiuzzaman

6 tahun

Sakit dada, sakit badan, rasa nak muntah

Selamat tegah hari doktor saya dah sakit dada nie dekat sebulan…sampai sekarang x elok…saya dah pergi klinik…makan ubat semua…tpi x elok jugak…bila makan ubat tu dia ok la…lps tu saya rasa nk muntah tpi x boleh…sakit badan…sejuk satu badan…

Dr Ilias,

6 tahun

Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda.

Sebelum bermula saya ingin tanya apakah ubat yang anda telah makan? Adakah doktor di klinik tersebut memberitahu anda punca kepada gejala anda? Berdasarkan kenyataan anda di atas, anda telah menghidap sakit dada yang kronik. Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan gejala sakit dada kronik seperti:

• Penyakit jantung
• Jangkitan injap jantung (infective endocarditis)
• Kekurangan darah atau anaemia
• Jangkitan paru-paru
• Barah paru-paru
• Penyakit autoimun seperti SLE atau rheumatoid arthritis
• Kondisi psikiatrik seperti kebimbangan yang berlebihan (anxiety disorder) dan kemurungan (depression)

Anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin untuk mendapatkan rawatan kerana gejala anda adalah serius dan punca-punca yang tersenarai di atas memerlukan rawatan segera untuk mengelakkan komplikasi.

Doktor akan menjalankan pemeriksaan fizikal dan ujian untuk mengenal pasti punca kepada gejala anda. Harap membantu.

Dr Ramzdhan,

6 tahun

Hello dan terima kasih kerana mengemukakan soalan anda.

Terdapat pelbagai punca berlakunya sakit dada:

• Serangan jantung (penyakit koronari jantung): Berlaku apabila terdapat saluran darah ke jantung tersumbat
• Jenis penyakit jantung lain seperti masalah injap jantung
• Pedih ulu hati yang disebabkan oleh gangguan asid dari perut
• Sakit di bahagian luar dada seperti otot, sendi dan rusuk
• Penyakit berkaitan dengan paru-paru seperti asma
• Kecederaan pada dada disebabkan oleh kemalangan atau terjatuh
• Gangguan emosi seperti kebimbangan, panic dan tekanan
• Sakit belakang

Kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor anda dengan segera untuk memastikan anda tidak ada tanda-tanda penyakit jantung.

Terdapat beberapa langkah untuk mencegah sakit dada daripada berulang. Anda boleh mencegah daripada mendapat sakit jantung dengan mengamalkan cara hidup sihat, tidak merokok dan mengambil makanan yang seimbang. Cegah daripada mendapat sakit ulu hati. Anda juga harus mengurus stress anda dengan baik.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)