
Sulit
3 tahun
Sakit dada sebelah kanan ketika bersin dan batuk
saya sering selesema , hidung tersumbat dan kerap bersin. sejak akhir ini apabila saya bersin, baruk dan menhembus hingus terasa nyeri di bahagian dada sebelah kanan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda sakit dada sebelah kanan ketika bersin dan batuk. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, perkara ini boleh berlaku akibat masalah seperti:
- Jangkitan paru-paru seperti pneumonia
- Penyakit asthma
- Masalah salur paru-paru sempit
- Penyakit TB
- Penyakit keradangan pleura
- Penyakit perikarditis
- Masalah saluran darah paru-paru (pulmonary embolism)
- Masalah saluran koronari jantung
- Masalah otot pernafasan
Anda disarankan untuk merujuk perkara ini di hospital jika sakit dada berterusan dan menganggu rutin harian anda. Selain itu anda juga boleh berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut ataupun nasihat yang seterusnya.
Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.