
Anonymous
5 tahun
Sakit dada sebelah kiri bawah payudara
Saya wanita dalam berumur 21 tahun mempunyai ketinggan 153 cm dan berat 53kg. Sejak kebelakangan ini saya mengalami sakit dada bawah payudara sebelah kiri. Apakah punca semua ini berlaku? Sakit dada ini sering kali berlaku walaupun saya sedang baring d katil. Saya mohon minta solusi untuk perkara ini. Terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Sakit dada sebelah kiri boleh disebabkan oleh beberapa masalah seperti :
- gangguan pencernaan
- masalah pada paru-paru
- stress
- kecederaan otot atau saraf pada bahagian dada
- serangan jantung
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih