
Anonymous
5 tahun
Sakit dada sebelah kiri mcm menyucuk
Saya wanita berusia 20an… Saya kerap2 sakit dada sebelah kiri kadang tu tgn dan kaki kebas2…beritahu doktor, doktor hnya beritahu sebab selalu lapik tgn ketika tidur… Cek kolestrol tinggi 5.3 selalu normal 5.2…boleh saya tahu doktor? Apa penyakit saya sebenarnya ya?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan anda, terdapat pelbagai kemungkinan yang boleh menyebabkan simptom tersebut. Namun begitu, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Sakit pada dada boleh disebabkan oleh:
- Angina
kekurangan oksigen yang dibekalkan kepada otot jantung - Sakit jantung
Ini berlaku apabila otot jantung menjadi rosak disebabkan oleh kekurangan oksigen. - Serangan panik
Ia disertai dengan sesak nafas, jantung berdebar, loya dan juga rasa gelisah. - Pedih ulu hati
- Sakit pada otot dada, kulit, tulang atau saraf
Disebabkan anda juga mengalami simptom lain seperti tangan dan kaki kebas, anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini kepada doktor dengan lebih lanjut agar puncanya dapat diketahui.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!