
Anonymous
5 tahun
Sakit dada sebelah kiri tidak terlalu kerap
saya wanita umur lingkungan 30án. berat badan dalan 57 dan ketinggian dalam 152cm. baru-baru ini saya ada buat pemeriksaan tahap kolestrol saya. dan mendapati tahap kolestrol saya agak tinggi dalam lingkungan 6-7 bacaannya. dan saya ada berasa sakit dada bahagian kiri tetapi rasa sakit tidaklah terlalu kuat. Didalam sejarah keluarga tiada yang sakit jantung. Sakit dada saya bukanlah disebabkan saya buat aktiviti yang lasak. cuma ia datang secara tiba-tiba. dan rasa sakitnya datang dan pergi. Adakah ini tanda-tanda sakit jantung? Apakah supplement dan makanan yang perlu saya ambil untuk mengurangkan rasa sakit ini?

6 tahun
Terima kasih kerana bertanya.
Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan sakit dada di sebelah kiri termasuk:
- Penyakit jantung
- Penyakit paru-paru
- Penyakit tulang
- Kayap
Penyakit jantung yang dikenali sebagai angina pectoris merupakan sejenis kondisi yang menyebabkan sakit dada yang kronik. Kondisi ini adalah disebabkan oleh kekurangan oksigen ke sel-sel jantung.
Sakit dada yang berpunca dari angina pectoris biasanya menjadi lebih serius semasa menjalankan aktiviti-aktiviti fizikal dan kesakitan tersebut akan berkurangan semasa berehat. Berdasarkan kenyataan anda, risiko anda untuk menghidap penyakit jantung adalah lebih tinggi sekiranya anda mempunyai faktor-faktor risiko untuk menghidap penyakit jantung seperti:
• Usia yang lebih tua
• Anggota keluarga yang menghidap penyakit jantung
• Darah tinggi
• Kencing manis
• Kolesterol tinggi
• Penyakit buah pinggang
• Merokok
• Berat badan berlebihan
• Kekurangan senaman
Oleh sebab sakit dada merupakan tanda untuk pelbagai jenis penyakit serius, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin agar punca kepada masalah anda boleh dikesan dan dirawat seawal mungkin.