
zharifhafizhat
5 tahun
Sakit dada sebelah kiri untuk lelaki
Saya lelaki berumur 25 tahun. Secara tiba2 sy mengalami sakit dada sebelah kiri berdekatan jantung. Saya aktif bersukan dan menjalani kehidupan yang sihat. Saya pernah mengalami gejala ini sebelum ini beberapa kali. Tp sakit tersebut hilang begitu sahaja. Dan baru baru ini dia datang kembali.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak tuan, apabila membicarakan tentang sakit dada, adalah penting untuk anda menilai sifat sakit seperti ditimpa beban atau seperti dicucuk, serta menyenaraikan gejala tambahan yang anda alami. Sakit dada pada lelaki usia muda boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
- Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
- Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
- Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
- Serangan jantung amat jarang sekali pada usia muda
- Gangguan emosi
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.