
Anonymous
5 tahun
Sakit dada sebelah kiri
Kerap sakit dada disebelah kiri…selalu berdenyut…da berkali buat ecg…but normal…saya pengidap copd…

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, terdapat kemungkinan sakit dada yang anda hadapi adalah berpunca daripada masalah COPD anda. Bagi penghidap COPD saluran pernafasan mereka adalah lebih sempit dan ini menyebabkan pesakit lebih sukar bernafas dan sakit pada bahagian dada kerana lebih daya diperlukan untuk bernafas.
Sakit dada juga boleh disebabkan oleh:
- Masalah jantung
- Radang paru-paru
- Jangkitan paru-paru
- Sakit pada bahagian otot, tulang dan saraf dada
Oleh itu, anda disarankan untuk meneruskan rawatan bagi masalah COPD anda dan rujuk kembali kepada doktor sekiranya masalah sakit dada anda semakin teruk. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi konsultasi secara peribadi. Terima kasih.