
Sulit
5 tahun
Sakit Dada Secara Tiba-tiba
Saya wanita berumur 23 Tahun, saya sering merasa sakit di Bahagian dada sebelah kiri. kadang-kadang sakit datang secara Tiba-tiba walaupun saya sedang tidak Berbuat apa-apa. Saya sudah pun berjumpa doctor di klinik tapi hanya beri ubat sapu Dan ubat tahan sakit. Saya jugak telah pergi ke hospital, doktor kata saya tiada apa-apa masalah berkaitan jantung, jadi saya ingin mengetahui punca kenapa sakit Tiba-tiba menyerang dada bahagian sebelah kiri saya.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit dada anda boleh disebabkan beberapa faktor seperti:
- Keradangan tulang rusuk - akibat jangkitan kuman atau kecederaan
- Masalah kekejangan otot dada - akibat postur tidak kondusif, kecederaan
- Kayap - jika terdapat bintik-bintik yang banyak serta sakit
- Kekejangan esofagus (“oesophageal spasm”)
- Penyakit asid refluks (gastrik)
- Anemia - kurang sel darah merah
- Asma atau keresahan
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.