
Sulit
4 tahun
Sakit dada sehingga ke tekak dan rasa penuh di bahagian tekak
Salam sejahtera Doktor. Saya wanita berumur 23 tahun. Sejak hari sabtu minggu lalu, saya mengalami sakit dada yang mencucuk dan seakan terbakar di bahagian dada saya, bermula di bahagian kanan dan menjalar ke tengah2 dada. Sakit dada ini diiringi dengan rasa penuh di bahagian tekak saya. Dan saya mengalami sedikit kesukaran untuk bernafas (skala 3/10). Saya juga ada mengalami batuk sedikit tetapi tidak kerap. Tekak saya juga terasa kering. Saya tidak demam dan masih mampu melakukan aktiviti harian. Sakit dada ini kadang2 datang dan kadang2 hilang. Tapi saya mengalaminya pada setiap hari.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan anda yang diperihalkan di atas, masalah sakit dada seperti terbakar di bahagian dada serta sesak nafas dan perasaan penuh ditekak adalah disebabkan oleh penyakit refluks esofagus atau dikenali sebagai Gastroesophageal Reflux Disease (GERD) yang disebabkan oleh asid perut yang telah naik sehingga ke kerongkong. Ia boleh menyebabkan simptom-simptom seperti:
- Sakit pedih ulu hati
- Sakit dada
- Muntah dan loya
- Rasa seperti sesuatu yang tersekat pada tekak
- Sesak nafas
- Sakit perut.
Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda yang berdekatan dengan kadar segera kerana masalah ini boleh menjadi penyakit yang serius jika tidak diberi perhatian. Kami juga ingin menasihatkan agar untuk memantau sekiranya anda mempunyai simptom-simptom lain yang menandakan komplikasi berbahaya iaitu:
- Muntah darah
- Masalah penghadaman
- Sukar untuk menelan
- Pembuangan air besar yang abnormal
- Sesak nafas sehingga boleh menjejaskan aktiviti harian
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.