
Sulit
3 tahun
Sakit dada sejak awal jun 2021
Saya wanita , 25 tahun, dada kiri saya sakit + sukar bernafas + kadang2 datang vertigo + sakit dada melarat ke kanan dan tengah hingga tulang belakang sejak awal bulan 6 sampai sekarang tak ok? Sy perasan jd mcm ni sbb hri tu beremosi + sedih , perlu tak pergi jantung ? Tahun lepas ada cek doktor kata ECG tak ok cuma minor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera, dan terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami anda mengalami sakit dada sebelah kiri berikutan sesak nafas dan vertigo. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, sakit dada boleh berpunca daripada masalah jantung, masalah paru-paru, masalah sistem penghadaman atau sesetengah masalah psikiatri seperti keresahan (anxiety) dan gangguan tekanan.
Memandangkan anda pernah menjalani ujian ECG dan keputusannya adalah tidak normal, walaupun minor, kemungkinan sakit dada yang anda alami boleh berpunca daripada masalah jantung seperti masalah angina atau masalah koronari jantung yang lain. Namun, untuk mendapatkan diagnosis yang betul, sila rujuk kepada doktor supaya siasatan lanjut dapat dijalankan dan rawatan yang berpatutan dapat diberikan.
Anda boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian dengan doktor kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.