jiahsparx
6 tahun
Sakit dada seperti dicucuk , dibahagian tulang rusuk kiri rasa sakit dan pedih bila ditekan hingga naik merah , sakit dibahagian lengan
Saya wanita berumur 19tahun. Saya sakit dibahagian dada seperti rasa dicucuk. Kalau bernafas tak berapa sakit , sakit cuma tarik nafas tinggi. Rasa lengah lengah badan. Dibahagian lengan rasa sakit bila ditekan. Selepas itu , rasa sakit dibahagian tulang rusuk kiri jika ditekan. Adakah ia jantung , lemak berlebihan , kolestrol tinggi doc?
6 tahun
Terima kasih atas pertanyaan anda
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Simptom anda merujuk kepada sakit dada yang dikenali sebagai pleuritic chest pain. Ianya boleh disebabkan oleh beberapa keadaan seperti:
- radang paru paru
- radang kantung jantung
- pneumonia/jangkitan paru paru atau saluran pernafasan
- trauma pada tulang rusuk
- trauma pada saraf rusuk
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat
Sila berbincang dengan doktor untuk mendapatkan nasihat yang lanjut untuk yang lebih tepat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsultasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!

































