
Sulit
3 tahun
Sakit dada seperti menyucuk² dan sempit
Saya wanita berusia 38thn. Mempunyai sakit asma dan mengambil seritide setiap hari. Seminggu ini saya kerap sakit dada sehingga tidak selesa untuk tidur. Saya sukar utk baring kerana sakit di bahagian belakang. Sebelum sakit dada seakan menekan² ini muncul saya mengalami gastrik. Setelah gastrik ok saya mulai sakit dada yg sangat kuat bermula disebelah kanan. Sehingga menyebabkan sakit belakang. Kini sakit dada disebelah kiri pula seakan dihimpap. Saya telah ke klinik namun doktor nasihatkan sy utk berehat.Tiada ubatan diberi disebabkan tekanan darah sy normal.Namun hari ini saya mula berasa loya dan susah untuk menelan air liur. Seakan sempit ditekak.Untuk makluman doktor,ibu sy juga mempunyai sakit jantung. Sy juga penah di refer ke pakar kardiologi (masih menunggu giliran temujanji) kerana xray jantung sy sedikit membengkak. Adakah simptom ini merupakan serangan jantung? Atau sakit lain? Terima kasih doctor.

3 tahun
Hai, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Berdasarkan keterangan anda, anda mengalami masalah sakit dada mencucuk dan sempit yang bermula di sebelah kanan sehingga menyebabkan sakit belakang. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, sakit dada yang kerap dirasakan dapat disebabkan oleh beberapa kondisi kesihatan seperti:
- batuk yang terlalu kuat atau berpanjangan
- kekejangan otot
- rasa sakit pada perut yang merebak hingga ke dada
Namun begitu, ia juga boleh menandakan masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor dengan kadar segera, seperti
- Gastritis kronik
- Jangkitan paru-paru
- Penyakit jantung
- Ketumbuhan abdomen
Oleh itu anda juga disarankan untuk menghubungi doktor kami di atas talian, agar bantuan yang lebih terperinci dapat diberikan.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.