
aykaidris1
6 tahun
Sakit dada,susah nak bernafa
Saya baru berumur 20 tahun,Dan saya PEREMPUAN ,baru2 ini saya Rasa susah nak bernafas Dan dada saya Rasa sakit ,nak2 time saya tidur.dan saya Rasa takut nak tidur Malam. Apakah petanda itu doktor?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan gejala sakit dada kronik seperti:
• Penyakit jantung
• Jangkitan injap jantung (infective endocarditis)
• Kekurangan darah atau anaemia
• Jangkitan paru-paru
• Barah paru-paru
• Penyakit autoimun seperti SLE atau rheumatoid arthritis
• Kondisi psikiatrik seperti kebimbangan yang berlebihan (anxiety disorder) dan kemurungan (depression)
Anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin untuk mendapatkan rawatan kerana gejala anda adalah serius dan punca-punca yang tersenarai di atas memerlukan rawatan segera untuk mengelakkan komplikasi. . Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.