
Sulit
5 tahun
Sakit dada tanda pregnancy?
Salam doctor, adakah sakit dada tanda pregnant?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Sakit dada mempunyai pelbagai diagnosis berdasarkan durasi, jenis kesakitan, faktor risiko serta umur seseorang. Antara punca-punca sakit dada adalah:
- Ketegangan otot
- Perubahan hormon - ketika haid/kehamilan
- Kayap
- Jangkitan dalam paru-paru
- Penyakit asid refluks (gastrik)
- Penyakit jantung
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.