
muhd05fad
5 tahun
Sakit dada tengah dan buang air besar cair
Saya lelaki umur 17 tahun,sye buang air besar cair sudah 3 hari,manakala sakit dada baru berlaku semalam seperti ditekan dan remuk,boleh sye tahu ape yg berlaku? Sebelum ni pemakanan saya tidak terkawal dan kurang bersenam

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
alam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah cirit birit boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Keracunan makanan
- Jangkitan virus seperti rotavirus
- Kesan sampingan ubat-ubatan
- Alahan kepada makanan
- Radang usus
Merujuk kepada sakit dada, keterangan anda masih kurang lengkap. Sebaiknya anda memeriksakan diri ke doktor sekiranya disertai gejala tambahan seperti sesak dan sebagainya.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.