
Anonymous
6 tahun
Sakit dada tengah, gusi dan kesukaran bernafas
Hi doc. Sy merasa sakit dada yang amat dan mengalami kesukaran bernafas. Gusi saya juga sakit sebelah kiri dan kanan. Tolong jelaskan kenapa doc.

6 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih kerana menghubungi DoctorOnCall.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan sakit dada termasuk:
- Penyakit jantung
- Penyakit paru-paru
- Penyakit tulang
- Kayap
Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan sesak nafas termasuk:
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit TB
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Berdasarkan kenyataan anda di atas, anda berkemungkinan besar telah menghidap penyakit gusi atau gingivitis. Penyakit gusi merupakan sejenis keradangan pada gusi. Penyakit gusi biasanya disebabkan oleh ginfeksi gigi yang berlubang. Antara tanda-tanda penyakit gusi adalah gusi bengkak, gusi berdarah terutamanya semasa memberus gigi, gusi yang sakit serta bau mulut yang busuk. Penyakit gusi boleh mendatangkan komplikasi seperti penyakit gusi kronik, periodontitis, nanah di bawah gigi, ulser, limfa yang bengkak serta risiko yang tinggi untuk gigi yang rosak
Saya sarankan anda untuk berhubung dengan doktor di talian untuk konsultasi mengenai sakit dada. Anda boleh untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut dengan klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih