
Sulit
5 tahun
Sakit dada tengah-tengah
Saya wanita berusia 38thun berkahwin ,dctr saya selalu mengalami sakit dada di tengah secara tiba-tiba xkira masa…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman anda, punca sakit dada tengah yang anda alami boleh disebabkan oleh:
- Masalah sistem pencernaan seperti gastrik
- Masalah panik atau anxiety
- Tekanan perasaan yang serius
- Masalah paru-paru
- Masalah otot, tulang atau saraf dada
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.