
jaslanjamalul
5 tahun
Sakit dada terasa lenguh bahgian tangan kiri dan darah pekat
Saya jaslan baru berumur 27 masih bujang, sebelum ini saya tekena gestrik tapi kali ne lain sikit sebab kerap datang sampai sakit terasa bahgian dada kiri… slain tu saya ada buat medical cak darah keputusan saya didapati kolesterol sampai sekarang saya selalu merasa tak selesa akibat ulu hati terasa sakit sampai ke dada ada tekanan, kadang jari terasa kebas2 sejuk, nafas terasa sempit bhgian dada tengah. Bole doctors tolong jelaskan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
- Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
- Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
- Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
- Serangan jantung
- Gangguan emosi
Sekiranya anda memiliki sejarah ahli keluarga yang meninggal pada usia muda/ sakit jantung/ gejala seperti berpeluh, sakit dilengan kiri atau rahang bawah, sila rujuk kepada doktor dengan segera sekiranya anda mengalami gejala-gejala di atas. Bagi mengetahui punca sakit kepala anda, sila rujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.