
Sulit
3 tahun
Sakit dada tetapi tidak batuk tidak sesak nafas,tidak sakit nafas
Saya remaja lelaki . Saya seorang yang aktif setiap pagi dan petang saya selalu melakukan aktiviti yng mengeluarkan peluh. Beberapa hari ni saya rasa dada saya xsedao seperti berat . Tidak batuk, tidak tidak sesak nafas. Saya dapat menarik nafas sepenuhnya kalau menggunakan mulut. Sakit itu berkurangan semasa saya melakukan aktiviti senaman. Ia akan sakit bila saya tidak buat apa2 seperti duduk ataupun baring. Saya sngt risau. Mohon pencerahan dr. Jantung saya berdegup 70-80/90 seminit

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami tersebut boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya:
- Penyakit gastrik
- Penyakit asid refluks (GERD)
- Penyakit tekak atau esofagus
- Kecederaan otot dada
- Masalah sistem pernafasan
Tanda nadi anda adalah biasa, mungkinnya bukan asal masalah jantung.
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta periksaan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Perubatan.