Anonymous
7 tahun
Sakit dada, ulu hati, angin, mual, pening dan lenguh tangan kiri
Doktor, saya wanita berkahwin berumur 32 tahun. Dalam dua bulan kebelakangan ini saya kerap diserang migrain. selepas reda dari migrain, saya mengalami sakit di bahagian dada kiri, membawa ke sakit ulu hati, angin dan mual hingga berpeluh-peluh. selain itu saya juga merasa lenguh tangan kiri, bahu dan leher. Apakah kemungkinan yang mungkin saya hadapi? terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
7 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, gejala yang anda nyatakan adalah kurang jelas. Anda mengalami pelbagai gejala yang mungkin saling berkaitan atau tidak. Namun begitu, sebelum membuat kesimpulan tentangnya, kami perlu mengetahui setiap gejala yang anda alami dengan lebih terperinci agar kesimpulan yang tepat dapat dibuat.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.






























